Tukar Backglass, Port Cas & Butang Phone di Perak

Masalah kecil yang mengganggu setiap hari — kabel cas kena pegang senget, butang volume tak jalan, belakang phone pecah. Semua ini boleh dibaiki dengan cepat.

Tanda-tanda anda perlukan servis ini

  • Backglass / penutup belakang pecah
  • Kena pegang kabel baru boleh cas
  • Port cas longgar atau berkarat
  • Butang power / volume tak berfungsi
  • Speaker atau mic perlahan / tiada bunyi
  • Kamera belakang kabur atau kaca kamera pecah

Tak pasti masalahnya apa? Bawa sahaja ke kedai — semakan adalah percuma.

iPhone 14 Pro Max dengan housing baru di sebelah backglass lama yang retak, GeekFix Ipoh

Macam mana repair di GeekFix

  1. 1

    WhatsApp atau datang terus

    Beritahu model phone dan masalahnya. Kami beri anggaran harga dan masa.

  2. 2

    Semakan percuma

    Technician periksa phone anda di kaunter. Tiada caj semakan.

  3. 3

    Repair depan mata

    Jika part ada dalam stok, repair mudah boleh siap sepantas 30 minit — anda boleh tunggu di kedai.

  4. 4

    Bawa balik dengan warranti

    Uji phone anda dulu sebelum bayar. Warranti sehingga 365 hari.

Backglass, Port Cas & Butang — pilih cawangan

Tiga cawangan GeekFix di Perak. WhatsApp model phone anda untuk harga dan masa siap.

Soalan lazim

Port cas rosak atau kotor sahaja?

Kadang-kadang port hanya tersumbat habuk. Kami periksa dulu — tiada caj semakan — dan beritahu anda sama ada perlu cuci atau tukar.

Tukar backglass ambil masa berapa lama?

Bergantung pada model. Staf akan beri anggaran masa semasa anda WhatsApp atau datang ke kedai.

Butang phone saya tak boleh tekan, boleh baiki?

Boleh. Kebanyakan masalah butang berpunca daripada kabel flex yang boleh ditukar.

Ada warranti untuk backglass?

Ada. Sesetengah repair backglass datang dengan warranti sehingga 365 hari — tanya staf untuk model anda.

WhatsApp cawangan terdekat