Repair iPhone dengan Part Genuine Apple di Ipoh, Seri Iskandar & Seri Manjung

GeekFix menyertai program Apple Independent Repair Provider (IRP), jadi part genuine Apple tersedia untuk repair iPhone anda. Anda pilih sendiri: part genuine Apple, atau part alternatif yang lebih murah — staf akan terangkan beza harga dan warranti sebelum mula kerja.

Bila patut pilih part genuine Apple

  • Mahu bateri dan skrin seperti asal dari kilang
  • Tak mahu mesej 'Unknown Part' dalam Settings
  • Mahu part dipaparkan sebagai 'Genuine' dalam Parts and Service History
  • iPhone masih baru dan mahu jaga nilai jual semula
  • Pernah guna part murah dan tak puas hati
  • Mahu warranti yang lebih panjang

Tak pasti masalahnya apa? Bawa sahaja ke kedai — semakan adalah percuma.

iPhone 13 menunjukkan Parts and Service History: Battery — Genuine, selepas tukar bateri di GeekFix Ipoh

Macam mana repair di GeekFix

  1. 1

    WhatsApp atau datang terus

    Beritahu model phone dan masalahnya. Kami beri anggaran harga dan masa.

  2. 2

    Semakan percuma

    Technician periksa phone anda di kaunter. Tiada caj semakan.

  3. 3

    Repair depan mata

    Jika part ada dalam stok, repair mudah boleh siap sepantas 30 minit — anda boleh tunggu di kedai.

  4. 4

    Bawa balik dengan warranti

    Uji phone anda dulu sebelum bayar. Warranti sehingga 365 hari.

Part Genuine Apple — pilih cawangan

Tiga cawangan GeekFix di Perak. WhatsApp model phone anda untuk harga dan masa siap.

Soalan lazim

Apa itu Apple Independent Repair Provider (IRP)?

Program rasmi Apple yang memberi kedai repair bebas akses kepada part genuine, alatan dan manual repair Apple. GeekFix ialah peserta program ini.

Macam mana nak tahu part itu genuine?

Pada iPhone yang menyokongnya, buka Settings > General > About. Bahagian Parts and Service History akan tunjuk 'Genuine' untuk part yang ditukar.

GeekFix pusat servis rasmi Apple ke?

Bukan Apple Authorised Service Provider. Kami Independent Repair Provider — kedai bebas yang menggunakan part genuine Apple untuk repair luar warranti.

Part genuine lebih mahal ke?

Biasanya ya, berbanding part alternatif. Kami beri kedua-dua pilihan dan sebut harga dulu — anda yang tentukan.

Ada warranti?

Ada — sehingga 365 hari untuk repair dan part tertentu. Staf akan terangkan tempoh warranti untuk pilihan anda sebelum mula kerja.

WhatsApp cawangan terdekat