Repair Phone Masuk Air, Mati & Masalah Motherboard di Perak

Phone jatuh dalam air, mati tiba-tiba atau stuck di logo? Masalah begini selalunya berpunca di motherboard. Technician kami periksa sampai ke peringkat komponen sebelum beri sebut harga.

Tanda-tanda anda perlukan servis ini

  • Phone masuk air atau terkena hujan
  • Mati terus, tak boleh on
  • Stuck di logo / restart sendiri
  • Tak boleh cas langsung
  • Tiada signal / 'No Service'
  • Panas melampau walaupun tak guna

Tak pasti masalahnya apa? Bawa sahaja ke kedai — semakan adalah percuma.

Motherboard phone diperiksa di bawah lampu UV di GeekFix

Macam mana repair di GeekFix

  1. 1

    WhatsApp atau datang terus

    Beritahu model phone dan masalahnya. Kami beri anggaran harga dan masa.

  2. 2

    Semakan percuma

    Technician periksa phone anda di kaunter. Tiada caj semakan.

  3. 3

    Repair depan mata

    Jika part ada dalam stok, repair mudah boleh siap sepantas 30 minit — anda boleh tunggu di kedai.

  4. 4

    Bawa balik dengan warranti

    Uji phone anda dulu sebelum bayar. Warranti sehingga 365 hari.

Masuk Air & Motherboard — pilih cawangan

Tiga cawangan GeekFix di Perak. WhatsApp model phone anda untuk harga dan masa siap.

Soalan lazim

Phone saya masuk air, apa patut buat?

Matikan phone segera, jangan cas, dan jangan masukkan dalam beras. Bawa ke cawangan terdekat secepat mungkin — makin cepat dibersihkan, makin tinggi peluang untuk selamat.

Data boleh diselamatkan ke?

Dalam banyak kes, ya. Kami akan cuba pulihkan phone supaya data boleh diakses. Peluangnya bergantung pada tahap kerosakan.

Berapa caj semakan?

Tiada caj semakan. Kami periksa dulu dan beri sebut harga sebelum mula kerja.

WhatsApp cawangan terdekat